Kesalahan Pertama - Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
Kesalahan Kedua - Bertudung , tetapi berkemeja-T lengan pendek.
Kesalahan Ketiga - Bertudung , tetapi kebarungnya terbelah kainnya.
Kesalahan Keempat - Bertudung , tetapi bajunya sendat , sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah 'menggoda'
Kesalahan Kelima - Bertudung , tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
Kesalahan Keenam - Bertudung , tetapi memakainya di pejabat atau di kolej sahaja . tidak di sekitar rumah , shopping mall dan sebagainya.
Kesalahan Ketujuh - Bertudung , tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher , maka terdedahlah bahagian dada daripada bertutup.
Kesalahan Kelapan - Bertudung , tetapi tudungnya amat nipis sehingga boleh dilihat sanggul , leher , tengkuk , dan dadanya. Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat itu adalah tutup rambut sahaja. ini tidak tepat sama sekaly. Asasnya adalah daripada firman Allah SWT yang bermaksud :
".....Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya , dan JANGANLAH KAMU MEMDEDAHKAN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR...."(An-Nur: 31)
Kesalahan Kesembilan - Bertudung , tetapi menaiki motosikal sambil menayangkan betis sepanjang jalan.
Diriwayatkan dalam sebuah hadis
"Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang(disebelah dalamnya)."(Riwayat Al-'Uqayli , Dar Qutnidari Abu Hurairah , Musannaf Abd Razak , no.5043 :Kanzul Ummal ,no. 41245)
Kesalahan Kesepuluh - Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya , tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. sama ada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yang sesuai bagi wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaja ia berada diatas pentas dengan pakaian canggihnya , seribu mata lelaki itu memandang . suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hati akan dibuai nafsu,walaupun penasyid itu sedang mendedangkan lagu ketuhanan.
Larangan ini datang dari firman Allah SWT
"Maka janganlah kamu berbicara dengan lembut manja kerana boleh menimbulkan keinginan orang yang di dalam hatinya ada penyakit ; dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang sesuia dan sopan. (Al-Ahzab:32)
No comments:
Post a Comment