Thursday, June 30, 2011

Hati Seorang Wanita

Apa itu hati seorang wanita???


Jika seorang wanita itu menangis di hadapanmu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.
Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.
Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.
Selamanya….
Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.
Dia menjadi lemah.
Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Tiada lagi rasa egonya,
Lelaki,
jika seorang wanita pernah menangis kerana dirimu,
Tolong pegang tangannya dengan pengertian.
Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.
Lelaki,
jika seorang wanita menangis keranamu.
Tolong jangan mempersiakannya.
Mungkin kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis di depanmu,
Saat dia menangis keranamu,
Lihatlah matanya….
Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?
Fikirkan….
Wanita mana lagi yang akan menangis
dengan murni, penuh rasa sayang,
Di depanmu dan kerana dirimu..
Dia menangis bukan karena dia lemah
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan
simpati atau rasa kasihan.
Dia menangis,
Kerana menangis dengan diam-diam
sudah tidak mampu bagi dirinya,
Lelaki,
Fikirkanlah tentang hal itu.
Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu.
Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau
lakukan untuknya.
Hanya kau yang tahu jawapannya..
Pertimbangkanlah, kerana suatu hari nanti
Mungkin akan terlambat untuk menyesal,
Mungkin akan terlambat untuk mohon ‘MAAF’!!
Bagaimana jika anda menghadapinya?

Wednesday, June 29, 2011

18 Alasan Mengapa Muslimah Lebih Cantik Memakai Jilbab



Dalil mengenai wajibnya mengenakan pakaian bahagian atas (khimar/tudung) adalah Firman Allah, “Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” [QS An-Nur (24):31].

...Dan Hadis Rasulullah riwayat dari Bazzar dan At-Termizi menjelaskan, “Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.”

Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah kepada Asma’ binti Abu


1.Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab...
DIA AKAN TUTUP AURAT

2. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab...
DIA AKAN JAGA MARUAH PADA DIRI DIA

3. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab...
DIA CANTIK

4. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab...
DIA TAK AKAN TUNJUKAN KECANTIKAN PADA ORANG LAIN

5. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab...
DIA ANAK SOLEHAH

6. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab...
DIA PATUH PERINTAH ORANG TUA DAN SAUDARI-SAUDARANYA

7. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab...
DIA MENGHORMATI ORANG LAIN

8. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab...
DIA TAKUT APABILA DIA TAK PAKAI JILBAB ORANG AKAN LIAT DIA CANTIK.DAN ADA NIAT YANG TAK BAIK TERHADAP DIRI DIA

9. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab...
DIA INGIN JAUH DARI FITNAH

10. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab...
DIA TAK AKAN MENYUSAHKAN ORANG LAIN

11. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab...
DIA AKAN DAPAT PAHALA

12. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab...
DIA DAPAT MENGHINDARI MAKSIAT

13. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab...
SUPAYA DIA DAPAT MENJADI CONTOH PADA PEREMPUAN LAIN

14. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab...
SUPAYA LELAKI YANG BERIMAN SAJA YANG SUKA DIA

15. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab...
DIA DENGAR SERUAN RASULULLAH

16. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab...
DAPAT MENGURANGKAN NAFSU LELAKI

17. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab... (low class)...(no offence hah..) RAMBUT PEREMPUAN ADALAH MAHKOTA BAGINYA.., JADI JANGAN SEWENANGNYA MENUNJUK KEPADA LELAKI..KERANA JIKA DITUNJUKKANNYA DIA AKAN TAK BERNILAI,KERANA MAHKOTA ANDA TELAH DILIHAT OLEH SEMUA LELAKI (kecuali keluarga)

18. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab...
DIA TAK AKAN RAMBUTNYA DITARIK, DIGANTUNG DENGAN BARA-BARA API DAN DIBAKAR DENGAN DASYAT DEKAT AKHIRAT KELAK



Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Sunday, June 19, 2011

Tips Menyisih Cinta Tidak Diundang

Cinta itu pula tidaklah boleh ditafsir sesuka hati berdasarkan amalan orang awam. Cinta itu sudah disebut oleh Allah dalam al-Quran dengan segala konsep dan amalannya yang indah dan murni.

Tip yang dilakarkan di bawah ini adalah untuk kes ‘lamunan hati’, ‘jatuh hati’ dan ‘cinta’ buatan iblis. Cinta karya iblis inilah yang dinamakan ‘cinta itu buta’. Buta dari melihat reda dan murka Allah. Buta dari melihat panduan-panduan Islam sebagai pedoman. Sasaran utama virus ‘cinta buta’ ialah remaja yang tidak faham Islam, individu yang membelakangkan Quran dan Sunnah walau dia faham Islam. Justeru timbullah kisah jijik dan sampah antara isteri A dengan suami B, lelaki dan lelaki, cinta dengan ipar dan pelbagai spesis lagi.

Mereka yang sedar sedang dihinggapi virus ‘cinta buta’ ini bolehlah cuba-cuba vaksin berikut:

Tip menyisih cinta yang tidak diundang.

1. Yakin pada Allah Yang Maha Memahami.

Kasihan adikku yang sedar akan gangguan hati yang datang. Ketahuilah adikku… Allah memahami perasaanmu. Allah Yang Maha Mendengar tahu engkau bersungguh-sungguh datang kepadaNya… mengabdikan dirimu padaNya seluruh jiwa raga… namun apakan daya… engkau hanya insan lemah.

2. Tipu daya syaitan sangat lemah sebenarnya.

Allah memberitahu kita bahawa syaitan dan tipudayanya itu lebih lemah selagi engkau berterusan menyeru namaNya. Allah berkata dalam surah al-Nisa’, ayat 76,

اِنَّ كَيْدَ الشَّيْطٰنِ كَانَ ضَعِيْفًا
Sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah.
Justeru jangan berhenti dari mujahadah. Meskipun engkau sering keletihan melawan perasaan.

3. Menjauhkan diri dari si dia yang menjadi wasilah iblis untuk melalaikan hatimu.
Jauhkan diri dari bertemu si dia selagi boleh. Kalau terpaksa bertemu kerana ada urusan, maka berusahalah meringkas- padatkan perbualan pada perkara-perkara penting sahaja. Usah dituruti nafsu remajamu yang sedang mekar dipermainkan nafsu dan iblis. Niatkan kerana Allah, Allah pasti membantu.

Allah menukilkan ejekan syaitan kepada manusia dalam surah Ibrahim, ayat 22,

Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya. Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.
Apa yang kita fikirkan setelah meneliti ayat ini? Syaitan menyatakan bahawa kuasanya hanya dapat mengajak kita sahaja. Dia langsung tiada kuasa memaksa kita melakukan menurut kehendaknya. Kita sendirilah yang berkuasa menentukan apa yang kita mahu.

Jika kita memilih ‘mahu’ menurut kehendak dan reda Allah, maka mohonlah kekuatan kepadaNya.
Sempitkan jalan nafsu dengan berpuasa sunat. Sibukkan diri dengan kerja-kerja kita yang lebih banyak dari waktu yang ada. Insya Allah, apabila kita fokus pada sesuatu perkara, kita akan dapat melupakan perkara lain. Insya Allah.

Allah berkata dalam surah Al Ahzaab, ayat 4,

Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang mempunyai dua hati dalam rongga dadanya.

Maksudnya kita tidak mampu menumpukan dua perkara dalam satu masa. Bila hati sedang khusyuk ingat Allah, mustahil hati boleh pula ingat perkara-perkara lain.

Lidah yang berzikir belum tentu hatinya turut berzikir. Tapi hati yang berzikir akan membuatkan lidahnya turut berzikir. Jadi beri tumpuan pada hati.

4. Maafkan diri sendiri atas perkara yang tidak disengajakan. Sedangkan Allah tidak mengambil kira perbuatan yang tersalah. 

وَ لَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ فِيْمَاۤ اَخْطَاْتُمْ بِهٖۙ وَلٰكِنْ مَّا تَعَمَّدَتْ قُلُوْبُكُمْ‌ؕ وَكَانَ اللّٰهُ غَفُوْرًا رَّحِيْمًا‏
Kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Al-Ahzaab, 5

5. Usah jemu bermujahadah.
Ingatlah adikku, setiap mujahadahmu diberi perhatian oleh Allah. Ganjaran pahala sedia menanti. Justeru untuk apa engkau merasa jemu?

Allah berkata dalam surah Al-Naazi’aat, ayat 40 dan 41,
Sesiapa yang takut akan kedudukan Tuhannya dan menahan diri dari menuruti hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempatnya.

Iya adikku, kalau kita lakukan sesuatu dan meninggalkan sesuatu kerana takutkan Allah maka Allah menjanjikan syurga buat kita. Menangislah syaitan dan iblis apabila kita terus bersemangat bermujahadah agar mendapat jiwa yang tenang.

6. Bertaubat dari kesalahan yang kita sendiri usahakan dengan sengaja.
Jika terdapat unsur-unsur derhaka kepada Allah sehingga kita ditimpa ‘bala perasaan’ itu seperti tidak menjaga batas pergaulan, maka pahitnya mujahadah itu adalah sebagai kaffarah dosa-dosamu. Teruslah menuju Tuhanmu. Jangan berputus asa. Allah Maha Mendengar rayuan dan keluhanmu.

Tatkala dosamu diampunkan Tuhan, insya Allah, Allah lapangkan dadamu dan melepaskan dirimu dari belenggu perasaan yang menyiksa.

7. Beri tempoh untuk diri sendiri.
Berilah juga masa untuk perasaan itu hilang dari dirimu. Usah dilayan dan juga usah dipaksa pergi.

Perasaan adalah suatu hal yang sungguh halus dan bergantunglah kejap-kejap pada Yang Maha Memahami. Allah pasti membantu.

Ingatlah janji Allah yang dinukilkan dalam Surah Al-Ankabut, ayat 69,

وَالَّذِيْنَ جَاهَدُوْا فِيْنَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ‌ؕ وَاِنَّ اللّٰهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِيْنَ

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, pasti Kami akan pimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. 

Sebenarnya masih banyak konsep atau prinsip asas dalam Islam yang boleh membantu kita bermujahadah. Memadailah saya menggariskan perkara-perkara yang paling penting sebagai panduan beramal.





Buat gadisku, simpanlah ‘mawaddah dan rahmah’ itu hanya untuk suamimu yang sah. Indahnya ‘mawaddah dan rahmah’ itu sudah pun kunikmati bersama suami yang Allah ciptakan dan janjikan untukku. Kusimpan ia sejak usiaku mengenal baligh. Indahnya ajaran Islam. Usah diraikan Valentine Day. Ia bukan budaya Islam. Tahniah buat anda yang punya pengalaman seperti saya. Segala puji hanya untukMu Tuhan yang memilih kami meniti jalanMu.

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

TAHAJJUD CINTA

"Jadikanlah CINTA pada RABBmu awal dari segalanya..
Biarkan kekuatan CINTA itu yang mendenyutkan nadi hidupmu..Syukur menjadi deru juangmu..dan jika bukan kerana CINTA, tentu lelah kaki ini melangkah.."




Bismillahirrahmaanirrahim

Ku genggam semilir malam
Tika rembulan menyinari
Lalu ku menadahkan
Kata cinta nan suci
Dan akan ku hembuskannya
Tika malam syahdu

Kerana dalamnya
Kasih sedalam lautan
Setinggi mentari
Tak mampu digapai
Oleh khayalan insani
Cuma dinaluri

Katakan bara melecur diri
Bisa memercik jalan nan luka
Dengan selasih (zikr) balut pedih ngeri
Tiada berpaling setia

Adalah sejarah jadi saksi
Bulan bintang menghangat kasih suci
Kita pun terpaut dan bersatu
Dalam bebayang mimpi berseri

Ku layarkan asmara
Di pelabuhan setia
Akan ku rentangkan
Sang pelangi suci
Yang pastinya anggun di hati
Bertamu di kalbu
Cerita cinta. 

Bismillah. MasyaAllah, Yang Maha Perkasa Al- Aziz itu punya kekasih.. Nabiul Rahmah Rasulullah Muhammad S.A.W. Sifat pemilik hati yang mana kita pemegang jasad ini sendiri tak mampu memegangnya. Maka, yang mengalir cerita cinta dalam hidup kita itu rupanya tanda rahmat Allahurabbuna kepada kita… hamba ciptaanNya. Gementar, bila ingin bercerita tentang cinta. Perasaan yang halus, indah,lembut dan murni tetapi membawa penghasilan yang teguh, kuat, yakin dan infiniti. Menjadi Melayu aku dibesarkan dengan cerita cinta ala India, Barat dan China. Seolah-olah mewakili Melayu,cerita cinta ala Barat dan India senantiasa mendominasi perhatian rakan dan keluarga.

Menjelang usia matang aqal kini, aku memahami.. bukankah cerita cinta itu milik kita? Tiada sesiapa yang berhak dan mampu, menyuruh atau melarang kita mencintai sesiapa atau apa pun, jika kita pemilik jasad tidak bersetuju.Hidup tanpa mengenal perasan cinta pastinya sukar. Entah bagaimana caranya dan kepada siapa atau apa.Yang pasti tanpa cinta hati manusia akan mati. SubhanaAllah, telah Allah hidayahkan rahmatNya dengan diberiNya merasai perasaan 'jatuh cinta'. Tetapi, untuk apa?

Kenali tanda2 kita telah jatuh cinta dengan pasti. Mungkin sama dan mungkin berbeza untuk setiap diri individu. Antara perkongsian yang boleh mungkin. Cinta adalah rasa hormat (respect), rasa kasihsayang (love), rasa suka dan menghargai(appreciate), rasa sedih bila kehilangan atau ditinggalkan, rasa risau dan takut bila dimarahi atau dibenci, rasa rindu yang selalu ditangisi, yang kita percayai dan yang mana letaknya rasa kebergantungan dalam hidup kepadanya

Familiar kah kita dengan cerita cinta Abu Bakar, Bilal Rabah, Abdullah Zaid dan lagi dan lagi terhadap Rasulullah Muhammad S.A.W.. Cerita yang membawa kita menyusuri kekuatan sebenar cinta apabila ianya sebenarnya di rasai.

Cerita cinta Abu Bakar sebagai sahabat dari kecil, anak pembesar Makkah penjaga berhala Kaabah bersama mengembala kambing dengan Muhammad S.A.W sehingga akhirnya menjadi penganti Baginda setelah kewafatan rasul Allah itu sebagai khalifah Amirul Mukminin (Ketua Orang2 Beriman) yang pertama. Bagaimana dia menahan segala dugaan, kesakitan, menghabiskan harta dan lagi himpunan cerita tanda kasih sayang dan cintanya.
Cerita cinta Bilal Rabah. Walau hamba manusia, cinta itu tetap hak dirinya. Allah anugerahkan susuk tubuh mekar afrika-arab untuk cerita cintanya dia di siksa kejam, berperang berani tetapi akhirnya berpindah ke Syam setelah pengsan berkali-kali kerana terlalu rindu ketika mengucapkan kalimah cinta Muhammadur Rasulullah didalam laungan azannya selepas kewafatan Muhammad S.A.W. Begitu juga Abdullah Zaid yang berdoa agar dia tidak lagi merindui wajah kekasihnya ketika melihat wajah jenazah Muhammad S.A.W dan di jadikan Allah buta matanya setelah itu.

Itu sebenarnya cerita cinta dan rindu. Cerita cinta dan kuasanya bila ianya benar-benar kita rasainya. Tapi, yang pelik ini bukan stereotaip cerita cinta yang selalu menyaji halwa pancainderaku. Terutama dengan persekitaran tanah air ini. Seringnya, cerita cinta Adam mencari Hawa. Cinta nafsu yang mengasyikkan jiwa. Kesetiaan kepada kekasih sehingga sanggup merenang lautan api. Biar hilang maruah, keluarga, sahabat atau apa saja. Asalkan dapat ‘memiliki’ yang dicintainya.
Sedarkah kita…Cinta AbuBakar, Bilal dan Abdullah pada kekasih Allah tercipta dlm kuota mereka sebagai sahabat. Ya, cinta sahabat! Berapa banyak cerita cinta agung tentang persahabatan yang dapat kita teladani. Terutamanya dalam bersama melunaskan amanah Allah di dunia internet tanpa sempadan kini.

Ingatlah! Aku dan kalian. Allah izinkan kita 'jatuh cinta' supaya kita faham dan merasai tandanya. Tujuannya tidak lain selain dari mencari perasaan cinta itu kepada apa yang Allah tentukan. Pada Allah Al-Aziz, Habibullah Muhammad S.A.W, diri, Ibu dan bapa serta kaum muslimin semuanya. Hati takkan hidup tanpa cinta.

Islam adalah cara hidup. Sesuatu yang tetap relevan dulu, kini dan selamanya. Atas dasar itu,aku kongsikan bersama kalian, keutamaan turutan cinta dalam hidup aku berlandaskan panduan Allahurabbuna.

"Wajah-wajah (orang-orang mukmin) pada hari itu berseri-seri, kepada Tuhan Nya mereka melihat."
Surah al-Qiyamah (75:22-23)

" Banyak muka pada hari itu berseri-seri, tertawa dan gembira ria, dan banyak (pula) muka pada hari itu tertutup debu, dan ditutup lagi dengan kegelapan."
Surah 'Abasa (80:38-41)

"Sesungguhnya orang-orang yang menukar janji Allah dan sumpah-sumpah mereka dengan harga yang sedikit, mereka itu tidak mendapat bahagian (pahala) di akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak melihat kepada mereka pada hari kiamat, dan tidak pula akan mensucikan mereka bagi mereka azab yang pedih."
Surah Ali Imran (3:77)

Wa'iyyazubillah. Biar hilang cinta dunia yang bersifat sementara. Takkan terbanding bila Yang Maha Penyayang dan Pengasih menoleh benci di akhirat yang kekal abadi.

Allahu'alam. Illaliqa'. Wassalamu'alaikum warrahmatullah.

sumber: http://muhammadshaifulbahri.blogspot.com/2009/12/cerita-11-tahajjud-cinta.html