Wednesday, May 13, 2015

Jatuh Bangun Semula

Bila kau jatuh kerana manusia
Kau akan bangun semula kerana Allah.
Biarpun beribu manusia membohongimu
Anggaplah ia satu dugaan buatmu untuk terus kuat menjalani kehidupan.

Jangan pernah menyesali atau kecewa dengan takdir Allah
Kerana Allah sudah ciptakan sesuatu yang terbaik untuk mu.

Biarkan ia pergi bersama yang lain
Maafkan kesalahan mereka berdua
Mungkin mereka tidak sedar atas perbuatan mereka
Kita hanya mampu berdoa untuk kebahagian mereka.
Bukankah mendoakan orang lain lagi baik dari mencaci?

Untuk terus hidup dengan tenang
Kau harus lepaskan ia pergi
Walaupun mereka bahagia ketika kau jatuh kau harus tahu suatu saat nanti kau akan sujud syukur dia meninggalkan engkau kerana sememangnya dia bukan diciptakan untuk mendampingimu hingga kesyurga nanti.

Perasaan marah , sakit hati, dendam dan kecewa tidak akan memberi sedikit faedah buatmu malah perasaan itu akan membuatkan hati mu terus hitam dan jauh dari penciptamu Allah s.w.t.

Percayalah kata ku ini.
Lepaskanlah semua perasaan yang membelenggu diri mu itu.
Maafkanlah semua kesalahan orang lain
Dan lapangkanlah dada mu.
InsyaAllah dengan izinnya Allah akan berikan yang terbaik buatmu untuk menemani hidupmu.

Jangan sedih jangan muram teruskan kehidupanmu wahai kalian semua.

*Sekian nukilan dariku yang kini telah bangun dengan hati yang tenang