Thursday, March 17, 2011

Kesilapan Kerap Wanita Tentang Aurat....

Kesalahan Pertama - Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

Kesalahan Kedua - Bertudung , tetapi berkemeja-T lengan pendek.

Kesalahan Ketiga - Bertudung , tetapi kebarungnya terbelah kainnya.

Kesalahan Keempat - Bertudung , tetapi bajunya sendat , sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah 'menggoda'

Kesalahan Kelima - Bertudung , tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

Kesalahan Keenam - Bertudung , tetapi memakainya di pejabat atau di kolej sahaja . tidak di sekitar rumah , shopping mall dan sebagainya.

Kesalahan Ketujuh - Bertudung , tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher , maka terdedahlah bahagian dada daripada bertutup.

Kesalahan Kelapan - Bertudung , tetapi tudungnya amat nipis sehingga boleh dilihat sanggul , leher , tengkuk , dan dadanya. Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat itu adalah tutup rambut sahaja. ini tidak tepat sama sekaly. Asasnya adalah daripada firman Allah  SWT yang bermaksud :

  ".....Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya , dan JANGANLAH KAMU MEMDEDAHKAN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR...."(An-Nur: 31)

Kesalahan Kesembilan - Bertudung , tetapi menaiki motosikal sambil  menayangkan betis sepanjang jalan.
   Diriwayatkan dalam sebuah hadis
"Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang(disebelah dalamnya)."(Riwayat Al-'Uqayli , Dar Qutnidari Abu Hurairah , Musannaf Abd Razak , no.5043 :Kanzul Ummal ,no. 41245)

Kesalahan Kesepuluh - Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya , tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. sama ada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yang sesuai bagi wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaja ia berada diatas pentas dengan pakaian canggihnya , seribu mata lelaki itu memandang . suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hati akan dibuai nafsu,walaupun penasyid itu sedang mendedangkan lagu ketuhanan.

Larangan ini datang dari firman Allah SWT

"Maka janganlah kamu berbicara dengan lembut manja kerana boleh menimbulkan keinginan orang yang di dalam hatinya ada penyakit ; dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang sesuia dan sopan. (Al-Ahzab:32)

Saturday, March 5, 2011

HiDupku Sepi TanpaMu..

(Cerita Donggeng)


Aku Kesunyian kerananya terlalu sibuk....
Suatu Ketika dahulu aku langsung tidak hiraukan nye...walaupun setiap hari dia ganggu hidup dengan kata-kata yang sangat menyentuh hati..Dia juga selalu menyanyi untuk aku tapi nasib baik la suara dia sedap je..tetapi ketika itu aku langsung tidak pedulikan sayangnye itu walaupun dia seringkali membuatkan aku tersenyum aku tetap tidak nampak kewujudannye dalam hidupku..Aku hanya anggap dia sebagai kawan rapatku sahaja..setelah sekian lame kami berkenalan dan berkawan aku tetap tidak endahkan nye dan tidak menyayanginye walaupun hampir setiap hari dia mgatakan yang dia myayangi dan mencintaiku..sekali pun aku tidak pernah membalas kata-kata nya itu..Aku sangat buta ketika itu..walhal , permata sudah ade didepan mataku..tetapi sejak dia sebuk dengan exam nye dan kerja-kerjanya ketika itu lah aku merasakan hidupku kehilangan sesuatu yang berharga...dia juga sudah banyak membantu aku dalam apa jua hal dan masalah..Dia juga sudah banyak memberi nasihat dan pengajaran kepada ku supaya menjadi student the best...Dia adalah seorang pelajar yang pandai kerana setiap kali final resultnye mesti dapat anugerah dekan.dia seorang yang sangat bijak dan berpegetahuan luas setelah sekian lame aku berfikir baru lah aku sedar yang aku perlukannye..walaupun dia jauh berbeza dari aku tapi aku yakin dia seorang yang sangat jujur dan baik..dia juga seorang yang sangat psikologi..Dia selalu psiko aku tetapi aku xheran langsung..Dia selalu cakap dekat aku yang dia seorang yang jahat tapi aku tahu semua orang tahu mane ade orang jahat mgaku dirinye jahat kan..so sekarang aku langsung xheran dengan kata-katanye yang dia selalu cakap dia jahat..Cinta itu kan Buta..sekarang dia masih dalam kesibukan tetapi aku tetap mnunggunye...kerana dia jodoh pintu ku...Aku merindui jodoh pintuku....Aku sunyi tanpa bintangku...

HAHAHA ....Amacam jiwang tak cerite aku nie....
ini lah kerja apabila terlalu boring wat aseimen....
so jdi jiwang-jiwang kejap...hehe
cerita ini semuanya rekaan semata-mata tau tiada kene mengena dengan hidup atau pun yang sudah tiada..haha..
rekaan dari aku sendiri terer tak aku mereka2 cipta cerita.......hahahaha