Tuesday, April 29, 2014

Oh KUIS

Assalammualaikum. HAI !! HAI !! HELLO!! HELLO!!


Alhamdulillah selama 4tahun di KUIS tamat sudah pengajian saya belajar di KUIS. Oleh Kerana Ramai Adik2 diluar sana inbox aimie tanya mengenai pengalaman belajar di KUIS. Alhamdulillah selama belajar di KUIS tiada apa-apa masalah yang terlalu kritikal. Lepas SPM aimie terus masuk ke kuis dan ambil jurusan ASASI PENGURUSAN selama 1 tahun kemudian selepas tamat asasi aimie terus masuk degree dengan jurusan perniagaan iaitu nama penuh nya BACHELOR OF BUSINESS ADMINISTRATION WITH ECOMMERCE selama 3tahun.

meh sini aimie nak citer satu persatu mengenai bidang yang aimie amik nie. Pada mulanya memang aimie sendiri takut nak amik asasi sebab takut tak boleh nak score pastu oleh kerana masa kat sekolah aimie tak pernah belajar bahasa arab lagi la aimie takut nak masuk KUIS. Tapi Alhamdulillah berkat doa dan keyakinan dalam diri aimie dapat habiskan asasi dengan result yang sangat aimie puas hati. berapa tu tak boleh la bagitau. hehe




Banyak jugak dapat soalan macam ni. kadang2 masa aimie pergi tolong buat promosi pun ramai adik2 tanya soalan yang sama. Jangan risau adik-adik bila adik2 masuk asasi lecturer akan ajar basic. mungkin antara kawan2 ramai yang ade basic tapi based on ape yang akak belajar memang lecturer akan ajar dari basic dulu. INSYAALLAH.. 
ok adik2 boleh jugak rujuk kat sini subjek2 yang akan anda belajar. mungkin nampak macam susahkan tapi percayalah tak susah pun senang je KALAU hati adik adik semua betul2 niat nak belajar. saya dulu SPM tak ada la ok sangat result biasa biasa je tapi Alhamdulillah bila masuk Universiti result tak sama macam SPM. nampak tak bertapa senangnye. hehe so adik adik jangan lah risau apa yang penting kene rajin dan ada kemahuan nak belajar tu tinggi. ok apa lagi nak story tentang asasi yeh. hmm ok bab yuran. bab yuran paling best. SEBAbbb... kalau adik adik buat yang terbaik dapatkan result 3.0 keatas adik adik boleh belajar kat KUIS tu free je tak payah nak bayar. dah la yuran free pastu dapat pulak elaun RM500 setiap semester. hamekk kau sape taknak kan.. Tapi hanya satu fokus belajar betul-betul jangan main main. universti tak sama macam kat sekolah dulu. ok dah dapat yuran free dan elaun adik2 dapat pulak duduk kat hostel free jugak. Dah la free dapat duduk apartment pulak tu. serious best gile woooo... Rasanya dah abis cerita tentang asasi. ni ahkak nak share satu gambar classmate ahkak dulu masa asasi.


 inilah kawan rapat aimie masa asasi sehinggalah sekarang. tapi yang tengah2 tu bukan kawan tau tu lecturer. lecture yang paling sporting yang banyak membantu aimie. namanya Puan Alin. kalau adik2 masuk asasi mesti korang akan jumpe dia. kim salam kt dia k kalau jumpe.. hehe
ok ni pulak kawan super duper kelakar yang selalu buat daku tersenyum. ramai lagi sebenarnye tapi itulah oleh kerana banyak sangat gambar susah nak cari satu2.



ok Habis tentang pengajian asasi pengurusan. maaflah aimie hanya sentuh asasi pengurusan je sebab bidang tu je yang saya amik. Maaf ya adik2.

Then lepas habis Asasi aimie terus amik bidang business. Aimie suke sangat bidang ni sebab half kita belajar business dan half lagi kita belajar IT. so dalam satu masa kita belajar 2 bidang. bidang lain xde tapi bidang yang aimie amik je ade.. hehe nampak tak saya bangga amik degree kat KUIS. So aimie tak nak cerita panjang tentang degree sebab adik2 kebanyakkan tanya tentang asasi je kan so aimie cerita sal asasi jela yeh. kalau ade apa2 nak tanya , tanye je kat FB.


ini ada beberapa soalan yang di tanya lagi dan lagi...

>Kalau masuk Asasi boleh sambung dekat  universiti lain tak?
ok soalan ni pun agak famous jugak. BOLEH sambung kat luar tapi jika anda ada menerima elaun dan yuran free dari kuis anda kene bayar semua kos perbelanjaan yang kuis dah bagi. macam yuran dan elaun tu. so better korang  sambung je terus degree kat kuis kan senang takyah bayar apa apa.

>Kalau Amik Asasi pengurusan nak sambung dgree boleh amik bidang ape lagi?
Ade 7 bidang yang korang boleh pilih antaranya:
*Pentadbiran Perniagaan dengan E-Dagang (Kepujian)
*Kewangan Islam (Perbankan) (Kepujian)
*Pengurusan Sumber Insan (Kepujian)
*Kewangan Islam (Pasaran Modal) (Kepujian)
*Ekonomi & Kewangan (Kepujian)
*Komunikasi (Penyiaran) (Kepujian)
*Perakaunan (Kepujian)
so lepas habis asasi pengurusan pilih la antara bidang2 yang kuis tawarkan ini.

>Macam mana kalau fail masa ASASI?
InsyaAllah Kalau anda usaha anda tak akan fail. korang pergilah mana universiti pun sapa yang fail sudah tentulah kene dapat surat cinta.. kan.. so fikirkanlah. janganlah mintak fail usaha dulu insyaAllah.

>Best tak belajar kat KUIS?
soalan macam ni pun ade ke. haha saya hanya ada 1 je universiti iaitu KUIS. So sudah tentu saya hanya cakap best belajar kat KUIS. bagi aimie yang bestnya persekitaran KUIS tu. bagi kaum adam yang agak2 nak menjaga mata masuklah kuis. Kami diKuis diajar berpakaian sopan dan menutup aurat. rutin harian pergi kelas student wajib pakai baju formal iaitu bagi perempuan baju kurung atau jubah dan berstokin kaki. ia berstokin kaki. semua orang tahu kan kaki itu aurat bagi perempuan so pakailah stokin bukan saja di KUIS tapi bawaklah budaya itu sampai ke luar kuis yeh.. kalau bagi lelaki baju kemeja atau baju melayu atau jubah. berkasut kemas dan bertali leher.



> Ramai yang tanya KUIS ni banyak bagi masalah tak?
haha  masalah semua tempat ade adik oi. tapi biasa la tak ade bende dalam dunia yang sempurna kan. Tapi Alhamdulillah sekarang sistem semakin baik. so kepada adik2 yang baru nak masuk kuis tu berutung sangat sebab korang dapat rektor yang super duper sporting yang mendengar masalah student.

Ok aimie dah penat membebel. sini jela yea aimie story ye kalau ade apa2 adik2 tanya jela yang FB inbox yeh..

sini aimie share beberapa gambar selama aimie belajar kat KUIS. satu lagi sebelum aimie terlupa kawan KUIS mereka sangat pentingkan ukhwah persahabatan. so kami selalu reunion bersama. haha








Ini semua gambar time weolls geng2 asasi. campur semua bidang AI,Pengurusan,IT, Bahasa, comm dan lain2. dan kami semua memang suke bergambar.. hehe
DAN




Ini pula gambar saya setelah habis degree selama 3 tahun. hanya kami berlima sehingga habis pengajian. 

Ok dah dah cukup2 lah tak larat nak korek satu2 gambar sebab banyak sangat gambar. hope dapat membantu korang semua..

assalammualaikum. :)

Saturday, April 26, 2014

Masih Mencintainya

Jika teringat tentang dirimu
Berlinang air mataku
Ku rindu saat-saat bersamamu
Kasih sayangmu padaku

Kini kau bukan milikku
Dan berakhir sudah cintaku
Biarkan saja hatiku bicara
Ku masih sayang padamu
Aku selalu mendoakanmu
Agar kau bahagia
Bersama dirinya selamanya

Mengapa mudahnya hatimu mendua
Ku lapangkan dada walau aku terluka
Semoga bahagia bersama dirinya
Karena kau telah memilih dia

Betapa sakitnya apa yang ku rasa
Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka
Semoga ku bisa tuk melupakannya
Karena ku masih mencintainya

Kini kau bukan milikku
Dan berakhir sudah cintaku
Biarkan saja hatiku bicara
Ku masih sayang padamu

Aku selalu mendoakanmu
Agar kau bahagia
Bersama dirinya selamanya wooo wooo

Mengapa mudahnya hatimu mendua
Ku lapangkan dada walau aku terluka
Semoga bahagia bersama dirinya
Karena kau telah memilih dia

Betapa sakitnya apa yang ku rasa
Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka
Semoga ku bisa tuk melupakannya
Karena ku masih mencintainya wooo wooo huuu