Wednesday, May 13, 2015

Jatuh Bangun Semula

Bila kau jatuh kerana manusia
Kau akan bangun semula kerana Allah.
Biarpun beribu manusia membohongimu
Anggaplah ia satu dugaan buatmu untuk terus kuat menjalani kehidupan.

Jangan pernah menyesali atau kecewa dengan takdir Allah
Kerana Allah sudah ciptakan sesuatu yang terbaik untuk mu.

Biarkan ia pergi bersama yang lain
Maafkan kesalahan mereka berdua
Mungkin mereka tidak sedar atas perbuatan mereka
Kita hanya mampu berdoa untuk kebahagian mereka.
Bukankah mendoakan orang lain lagi baik dari mencaci?

Untuk terus hidup dengan tenang
Kau harus lepaskan ia pergi
Walaupun mereka bahagia ketika kau jatuh kau harus tahu suatu saat nanti kau akan sujud syukur dia meninggalkan engkau kerana sememangnya dia bukan diciptakan untuk mendampingimu hingga kesyurga nanti.

Perasaan marah , sakit hati, dendam dan kecewa tidak akan memberi sedikit faedah buatmu malah perasaan itu akan membuatkan hati mu terus hitam dan jauh dari penciptamu Allah s.w.t.

Percayalah kata ku ini.
Lepaskanlah semua perasaan yang membelenggu diri mu itu.
Maafkanlah semua kesalahan orang lain
Dan lapangkanlah dada mu.
InsyaAllah dengan izinnya Allah akan berikan yang terbaik buatmu untuk menemani hidupmu.

Jangan sedih jangan muram teruskan kehidupanmu wahai kalian semua.

*Sekian nukilan dariku yang kini telah bangun dengan hati yang tenang

Tuesday, April 29, 2014

Oh KUIS

Assalammualaikum. HAI !! HAI !! HELLO!! HELLO!!


Alhamdulillah selama 4tahun di KUIS tamat sudah pengajian saya belajar di KUIS. Oleh Kerana Ramai Adik2 diluar sana inbox aimie tanya mengenai pengalaman belajar di KUIS. Alhamdulillah selama belajar di KUIS tiada apa-apa masalah yang terlalu kritikal. Lepas SPM aimie terus masuk ke kuis dan ambil jurusan ASASI PENGURUSAN selama 1 tahun kemudian selepas tamat asasi aimie terus masuk degree dengan jurusan perniagaan iaitu nama penuh nya BACHELOR OF BUSINESS ADMINISTRATION WITH ECOMMERCE selama 3tahun.

meh sini aimie nak citer satu persatu mengenai bidang yang aimie amik nie. Pada mulanya memang aimie sendiri takut nak amik asasi sebab takut tak boleh nak score pastu oleh kerana masa kat sekolah aimie tak pernah belajar bahasa arab lagi la aimie takut nak masuk KUIS. Tapi Alhamdulillah berkat doa dan keyakinan dalam diri aimie dapat habiskan asasi dengan result yang sangat aimie puas hati. berapa tu tak boleh la bagitau. hehe




Banyak jugak dapat soalan macam ni. kadang2 masa aimie pergi tolong buat promosi pun ramai adik2 tanya soalan yang sama. Jangan risau adik-adik bila adik2 masuk asasi lecturer akan ajar basic. mungkin antara kawan2 ramai yang ade basic tapi based on ape yang akak belajar memang lecturer akan ajar dari basic dulu. INSYAALLAH.. 
ok adik2 boleh jugak rujuk kat sini subjek2 yang akan anda belajar. mungkin nampak macam susahkan tapi percayalah tak susah pun senang je KALAU hati adik adik semua betul2 niat nak belajar. saya dulu SPM tak ada la ok sangat result biasa biasa je tapi Alhamdulillah bila masuk Universiti result tak sama macam SPM. nampak tak bertapa senangnye. hehe so adik adik jangan lah risau apa yang penting kene rajin dan ada kemahuan nak belajar tu tinggi. ok apa lagi nak story tentang asasi yeh. hmm ok bab yuran. bab yuran paling best. SEBAbbb... kalau adik adik buat yang terbaik dapatkan result 3.0 keatas adik adik boleh belajar kat KUIS tu free je tak payah nak bayar. dah la yuran free pastu dapat pulak elaun RM500 setiap semester. hamekk kau sape taknak kan.. Tapi hanya satu fokus belajar betul-betul jangan main main. universti tak sama macam kat sekolah dulu. ok dah dapat yuran free dan elaun adik2 dapat pulak duduk kat hostel free jugak. Dah la free dapat duduk apartment pulak tu. serious best gile woooo... Rasanya dah abis cerita tentang asasi. ni ahkak nak share satu gambar classmate ahkak dulu masa asasi.


 inilah kawan rapat aimie masa asasi sehinggalah sekarang. tapi yang tengah2 tu bukan kawan tau tu lecturer. lecture yang paling sporting yang banyak membantu aimie. namanya Puan Alin. kalau adik2 masuk asasi mesti korang akan jumpe dia. kim salam kt dia k kalau jumpe.. hehe
ok ni pulak kawan super duper kelakar yang selalu buat daku tersenyum. ramai lagi sebenarnye tapi itulah oleh kerana banyak sangat gambar susah nak cari satu2.



ok Habis tentang pengajian asasi pengurusan. maaflah aimie hanya sentuh asasi pengurusan je sebab bidang tu je yang saya amik. Maaf ya adik2.

Then lepas habis Asasi aimie terus amik bidang business. Aimie suke sangat bidang ni sebab half kita belajar business dan half lagi kita belajar IT. so dalam satu masa kita belajar 2 bidang. bidang lain xde tapi bidang yang aimie amik je ade.. hehe nampak tak saya bangga amik degree kat KUIS. So aimie tak nak cerita panjang tentang degree sebab adik2 kebanyakkan tanya tentang asasi je kan so aimie cerita sal asasi jela yeh. kalau ade apa2 nak tanya , tanye je kat FB.


ini ada beberapa soalan yang di tanya lagi dan lagi...

>Kalau masuk Asasi boleh sambung dekat  universiti lain tak?
ok soalan ni pun agak famous jugak. BOLEH sambung kat luar tapi jika anda ada menerima elaun dan yuran free dari kuis anda kene bayar semua kos perbelanjaan yang kuis dah bagi. macam yuran dan elaun tu. so better korang  sambung je terus degree kat kuis kan senang takyah bayar apa apa.

>Kalau Amik Asasi pengurusan nak sambung dgree boleh amik bidang ape lagi?
Ade 7 bidang yang korang boleh pilih antaranya:
*Pentadbiran Perniagaan dengan E-Dagang (Kepujian)
*Kewangan Islam (Perbankan) (Kepujian)
*Pengurusan Sumber Insan (Kepujian)
*Kewangan Islam (Pasaran Modal) (Kepujian)
*Ekonomi & Kewangan (Kepujian)
*Komunikasi (Penyiaran) (Kepujian)
*Perakaunan (Kepujian)
so lepas habis asasi pengurusan pilih la antara bidang2 yang kuis tawarkan ini.

>Macam mana kalau fail masa ASASI?
InsyaAllah Kalau anda usaha anda tak akan fail. korang pergilah mana universiti pun sapa yang fail sudah tentulah kene dapat surat cinta.. kan.. so fikirkanlah. janganlah mintak fail usaha dulu insyaAllah.

>Best tak belajar kat KUIS?
soalan macam ni pun ade ke. haha saya hanya ada 1 je universiti iaitu KUIS. So sudah tentu saya hanya cakap best belajar kat KUIS. bagi aimie yang bestnya persekitaran KUIS tu. bagi kaum adam yang agak2 nak menjaga mata masuklah kuis. Kami diKuis diajar berpakaian sopan dan menutup aurat. rutin harian pergi kelas student wajib pakai baju formal iaitu bagi perempuan baju kurung atau jubah dan berstokin kaki. ia berstokin kaki. semua orang tahu kan kaki itu aurat bagi perempuan so pakailah stokin bukan saja di KUIS tapi bawaklah budaya itu sampai ke luar kuis yeh.. kalau bagi lelaki baju kemeja atau baju melayu atau jubah. berkasut kemas dan bertali leher.



> Ramai yang tanya KUIS ni banyak bagi masalah tak?
haha  masalah semua tempat ade adik oi. tapi biasa la tak ade bende dalam dunia yang sempurna kan. Tapi Alhamdulillah sekarang sistem semakin baik. so kepada adik2 yang baru nak masuk kuis tu berutung sangat sebab korang dapat rektor yang super duper sporting yang mendengar masalah student.

Ok aimie dah penat membebel. sini jela yea aimie story ye kalau ade apa2 adik2 tanya jela yang FB inbox yeh..

sini aimie share beberapa gambar selama aimie belajar kat KUIS. satu lagi sebelum aimie terlupa kawan KUIS mereka sangat pentingkan ukhwah persahabatan. so kami selalu reunion bersama. haha








Ini semua gambar time weolls geng2 asasi. campur semua bidang AI,Pengurusan,IT, Bahasa, comm dan lain2. dan kami semua memang suke bergambar.. hehe
DAN




Ini pula gambar saya setelah habis degree selama 3 tahun. hanya kami berlima sehingga habis pengajian. 

Ok dah dah cukup2 lah tak larat nak korek satu2 gambar sebab banyak sangat gambar. hope dapat membantu korang semua..

assalammualaikum. :)

Saturday, April 26, 2014

Masih Mencintainya

Jika teringat tentang dirimu
Berlinang air mataku
Ku rindu saat-saat bersamamu
Kasih sayangmu padaku

Kini kau bukan milikku
Dan berakhir sudah cintaku
Biarkan saja hatiku bicara
Ku masih sayang padamu
Aku selalu mendoakanmu
Agar kau bahagia
Bersama dirinya selamanya

Mengapa mudahnya hatimu mendua
Ku lapangkan dada walau aku terluka
Semoga bahagia bersama dirinya
Karena kau telah memilih dia

Betapa sakitnya apa yang ku rasa
Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka
Semoga ku bisa tuk melupakannya
Karena ku masih mencintainya

Kini kau bukan milikku
Dan berakhir sudah cintaku
Biarkan saja hatiku bicara
Ku masih sayang padamu

Aku selalu mendoakanmu
Agar kau bahagia
Bersama dirinya selamanya wooo wooo

Mengapa mudahnya hatimu mendua
Ku lapangkan dada walau aku terluka
Semoga bahagia bersama dirinya
Karena kau telah memilih dia

Betapa sakitnya apa yang ku rasa
Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka
Semoga ku bisa tuk melupakannya
Karena ku masih mencintainya wooo wooo huuu




Sunday, October 20, 2013

Sakit Sebagai Kaffarah Dosa



Sakit Sebagai Kaffarah Dosa


Terdapat byk hadith yg menerangkan bhw kesakitan (ujian) dpt memadamkan kejahatan dan menghapuskan dosa..

Diriwayatkan dr Abu Hurairah radhiallahu ‘anh, bhw Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Apabila Allah menghendaki kebaikan ke atas seseorang, Dia akan mengujinya dgn kesulitan..

Diriwayatkan juga dr Abu Hurairah radhiallahu ‘anh, bhw Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Utk setiap musibah, penyakit, keresahan, kesedihan atau kesakitan yg menimpa seorang Muslim – hatta luka yg disebabkan tertusuk duri – Allah akan menghapuskan dosa2 nya..

Ibn Mas’ud radhiallahu ‘anh berkata: Aku menziarahi Rasulullah sewaktu Baginda sakit. Aku mengatakan, “Ya Rasulullah, engkau menghadapi demam yg kuat!” Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab, “Demamku adalah dua kali (kuatnya) drp kamu..” Aku bertanya lagi, “Adakah krn engkau mendapat dua kali ganjaran?” Jawab Baginda, “Benar.. Tiada seorang Muslim yg ditimpa kesakitan – w/pun hanya luka yg disebabkan tertusuk duri – melainkan Allah akan menghapuskan dosa2 nya disebabkan kesakitan itu, dan dosanya gugur spt gugurnya dedaun dr sepohon pokok..”


Sabar sewaktu ditimpa musibah

Barangsiapa yg ditimpa penyakit (musibah), harus bgnya bersabar krn tiada tiada ganjaran yg lbh baik drp yg tlh disediakan bg mereka yg menahan musibah dgn penuh sabar..

Suhaib bin Sinan radhiallahu ‘anh meriwayatkan, bhw Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Betapa ajaibnya seorang Mu’min (org yg beriman)! Kebaikan itu sentiasa bersamanya, ttpi ianya tdk berlaku pd org lain kecuali kpd seorang Mu’min.. apabila ia mendapat kebaikan, ia bersyukur kpd Allah dan memperoleh ganjaran.. dan apabila ia ditimpa musibah, ia menahannya dgn penuh sabar lalu ia (juga) akan memperoleh ganjarannya..

Anas bin Malik radhiallahu ‘anh meriwayatkan: Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Allah berfirman: Apabila Aku menguji hambaKu dgn dua perkara yg plg dicintainya (iaitu kedua-dua matanya; penglihatannya) dan ia menahannya dgn penuh kesabaran, Aku akan memberikannya Syurga sbg ganjaran (atas kesabarannya itu)..”


Mengadu atas kesakitan

Adalah dibenarkan seseorang utk mengadukan kesakitan yg dihadapi kpd doktor atau sahabatnya, asalkan ia tdk melakukannya utk menyuarakan kemarahan (kpd Allah).. tlh dinyatakan sblm ini bhw Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sakitku adalah lbh berat drp (sakit) dua org antara kamu..”

Mereka yg ditimpa sakit sepatutnya berterimakasih & memuji Allah, sblm mengadu dan mengeluh atas sakit yg dihadapinya..

Ibn Mas’ud radhiallahu ‘anh berkata: Jika seorang hamba berterimakasih kpd Allah sblm mengadukan kesakitannya, maka ia tdklah dikira sbg tdk sabar (dgn musibah).. Bahkan ianya adalah dituntut..

Nabi Allah Yaaqub ‘alaihissalam berkata: Sesungguhnya hanyalah kpd Allah aku adukan kesusahan dan kesedihanku.. (Yusuf: 86)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berdoa: Ya Allah! Hanya pdMu ku adukan segala kelemahanku..

Allahu a’lam..

~ Fiqh as-Sunnah, Sayyid Sabiq


Diriwayatkan dr Abu Hurairah radhiallahu ‘anh, bhw Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Seorang Mu’min adalah ibarat tanaman yg segar & mudah lentur.. dr arah mana angin bertiup, ia akan menundukkan tanaman tersebut.. ttpi apabila angin berhenti, ia akan berdiri tegak semula.. (umpama seorang Mu’min yg apabila diuji dgn musibah utk mengukuhkan iman dan hatinya, lalu ia tetap bersabar dan teguh).. dan seorang yg jahat (kufur) adalah spt pohon yg teguh dan tdk berganjak, hinggalah Allah menumbangkannya pd waktu yg Dia kehendaki..

Nobody is Perfect

“ Nobody is perfect in this world. And nobody is always true.. but as long the imaan is concern, we can try to be perfect and true. That`s why we must learn from the mistakes to be perfect stop lying to be true. This is what Islam has thought us..


Sayang Vs Benci

Heyyo Meyyo.
Assalammualaikum.
setelah sekian lama aimie tak update blog harini baru terasa nak update blog. 
harini aimie nak cakap tentang sayang.. jiwang sokmo kan.. haha xpela asalkan aimie happy kan. ada apa pada sayang? dulu aimie selalu dengar orang cakap kalau nak cari jodoh cari orang yang sayangkan kita. biar kita tak sayangkan dia asalkan dia sayangkan kita. hati perempuan itu lembut. lambat laun hatinya akan sayang jugak lelaki (suami) yang sayangkan dia tu. dan aimie selalu dengar orang cakap kalau sayangkan seseorang itu jangan sayang orang tu lebih dari kita sayangkan Allah dan rasul sebab jika tidak sayang itu tidak diredhai dan diberkati. sayangilah Allah dan Rasul dulu ye. sejujurnya aimie agak ada jugak la bercinta dengan orang yang aimie sayang. tapi sekarang aimie nak buat pekara berani mati nak bercinta dengan orang yang aimie taksayang and taksuka atau yang aimie benci.. haha tapi sape lah haii orang yang sayangkan aimie tu kan. dan siapa lah orang yang aimie benci tu kan. rasanya dalam, hidup aimie, aimie akan set dalam diri tak akan benci sesiapa walaupun di khianati. tak apa Allah Maha mendengar. Allah mendengar setiap doa hambaNya. kita sebagai Hamba Allah sentiasalah berdoa kepadaNya tanpa putus asa.  seikhlas hati aimie cakap aimie sayang semua orang disekeliling aimie. walaupun aimie tahu orang tu bukan sayang aimie pun takpe kita sayang sebagai Sahabat and kita sebagai hamba Allah memang digalakkan menyayangi antara satu sama lain kan. jangan sesekali membenci orang disekeliling kita sebab kalau kita benci orang , orang akan benci kita balik.. "What you give you get back." so berilah yang terbaikk utk orang sekeliling walaupun orang tak suka kita kan. orang tak suka xpe asalkan Allah suka sebab Allah suka pada kebaikkan.. 
Ok lah rasanya sampai sini je kot nanti sambung entry balik. xmo membebel panjang2 bukan ade yg nak baco pun kan.. haha


bubyeeeeeee guys :)

Thursday, August 30, 2012

Birthday girl

Assalammualaikum..fuhhh
agak lame rasenyee saya tak updates blog sendiri kan..haishhh busy sungguh ni..hehe tapi hari tetiba plak rasa nak update tentang bufday saya yang sudah pun sebulan lebih berlalu..hoho 

jengjeng...taraaa nie surprize bufday dari classmate ksygan saya..dapat kek secret recipe ag tu tau..hekhek



inilah wajahku apabila keletihan bertambah dengan kegembiraan hanya gigi saja bole nampak..huuhuu... pape pun thanks kawan-kawan..love uollss so much <3 p="p">


putih tak gigi saya...haha


nie plak hadiah dari abang saya yang sangat pemalas..haha malas sikit je..
pape pun abang saya memang terbaekk...thanks abangku..

ini plak bear-bear kesayanganku..Cik Akiroro..cewahhh namenye xbole blahkan
haha sayang gilo kat bear2 nie tau...jangan main2..hoho


ok actually ade banyak lagi nak share time bufday tapi mase tidak mengizinkan lah..huhu
ok caw dulu...jumpe lagi next entry yaa...

saya sayang kamu semua.. :)