Friday, February 25, 2011

DIA LAH......

satu hari,awak dipertemukan dengan saya
hati saya berbunga melihat senyuman pertama
awak buat saya ketawa dalam duka
awak seolah olah memberikan saya cahaya

hari demi hari,kita semakin rapat
hubungan terjalin kita bertambah erat
saya gembira bila dapat lihat awak tertawa
walau di pengakhiran cerita saya bakal kecewa

satu hari saya dapat tau yang ada insan lain
saya rasa diri saya ni seperti dipermain
jangan risau awak kata,"dia hanyalah kawan"
"awak yang slalu saya cari bila bosan"

saya keliru,terasa diri saya ni ditipu
tapi kenapa saya boleh rasa begitu
rupanya saya alpa,saya dah pun terleka
sampai biarkan rasa tu datang walau seketika

saya tgk dengan org tu awak terus gembira 
mungkin ini dah nasib dalam kehidupan saya
saya mula bersujud menitiskan air mata
hilangnya awak mlm itu,tapi masih ada Dia

Dia mendengar apa yang ingin saya katakan
Dia sudi menerima segala penyesalan
dengan Dia saya doakan awak bahagia
tak kira dengan siapa walau orang tu bukan saya

Dia menemani saya walau tanpa saya pinta
baru sedar selama ni yang mengerti hanya Dia.
cerita ini tiada kene mgene dengan yang hidup ataupun yang suda mati...
rekaan semata-mata ya....haha =D

Friday, February 11, 2011

RESDUNG TIADA KAITAN 'ULAT'

As Salam...........hye hye.....haha arinie Mood aku mau cerite about resdung....haha oleh kerana , aku salah seorang bermasalah resdung so rajin-rajin la skit search about resdung,....adoii aku actlly confuse skit sal resdung nie....urmm..... tapi resdung memang teman aku yang paling setia sekaly apabila tyme sejuk..huhhh paling setia....sensitive betoi hidung nie..tambah-tambah time terhidu bau perfume students KUIS nie...pergghhhh hampir nak pengsan aku...tp xsempat nak pengsan ag la just bersin-bersin jela..urm jenuh la aku cover-cover kalau terbau perfume yang ade alkohol 2.....gilo betoi kalau dah mule bersin memang susah dah la nak hilang..huhhh....kesian pada students KUIS yg beli perfume mahal-mahal tapi bila aku bau aku bersin ..haha nampak sangat perfume dyowng busuk...hahaha sengal  =D ........oke2 suda-suda xnak merepak ag dah nak cite sal resdung nie....urm  usya-usya kt bwah yea..hehe =D


Dalam satu bilik kecil, seorang pengamal perubatan tradisional mengasapkan wajah seorang pesakit kononnya bagi mengubati pesakit resdung."Sekejap lagi kamu akan lihat ulat kecil keluar daripada muka kamu dan itulah ulat yang menyebabkan kamu menghadapi resdung," demikian kata bomoh berkenaan bagi meyakinkan pesakit. Bagaimanapun, beberapa ketika kemudian, kenyataan bomoh berkenaan benar-benar terjadi. Dari muka pesakit, kelihatan timbul ulat kecil menyerupai hampas kelapa yang dikatakan punca penyakit resdung.Resdung mungkin menjadi antara penyakit yang popular di negara ini lantaran kaedah rawatannya tidak saja tertumpu di hospital atau pusat perubatan tetapi turut memenuhi kaki lima dan pasar.  Ramai mendakwa mampu mengubati penyakit itu malah menggunakan pelbagai kaedah rawatan yang menghasilkan pelbagai `punca' penyakit itu daripada lendir sehinggalah ulat seumpama hampas kelapa yang keluar daripada pipi pesakit. Tidak ketinggalan juga laporan mengatakan bahawa kaedah digunakan hanyalah penipuan.  Mendengar penerangan Perunding Pembedahan Telinga, Hidung dan Tekak Pusat Perubatan Darul Ehsan (Demc), Dr Abd Razak Rahman Hamzah, mungkin menyebabkan pesakit lebih berhati-hati dan memikirkan kembali kesahihan kaedah rawatan yang digunakan. Tiada kaitan antara ulat yang terhasil di bahagian muka dengan penyakit resdung atau disebut `sinusitis' dalam istilah perubatan malah penyakit itu juga tidak memberi kesan terhadap kulit seperti berlakunya jerawat.

Sinusitis
Beliau berkata, ini disebabkan sinusitis adalah masalah kesihatan yang berlaku pada rongga sinus yang terletak di tengkorak manakala jerawat adalah masalah kesihatan membabitkan kulit.
Sinus adalah rongga yang dipenuhi udara atau kaviti yang terletak di antara tulang muka yang mengelilingi hidung. Ia dibahagikan kepada empat bahagian iaitu Frontal, Sphenoidal, Ethmoid dan Maxillary.
Apabila membran mukos mendapat jangkitan daripada bakteria, virus atau kulat, ia menjadi bengkak seterusnya menghalang pengaliran mukos atau lendir daripada sinus ke dalam hidung dan tekak yang akhirnya mengakibatkan tekanan dan keradangan dalam rongga sinus.
Apabila seseorang mengalami alahan, lapisan yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak dan menyebabkan pergerakan udara serta pengeluaran cecair tidak berlaku secara normal.
Rongga sinus yang tersumbat berisiko mendatangkan masalah kesihatan kerana bakteria dan kulat mudah membiak di dalamnya serta menghasilkan nanah. Jika jangkitan dibiarkan berlarutan, nanah boleh merebak ke mata sehingga mengakibatkan buta selain merebak ke otak.
Sehubungan itu, seseorang yang menghidapi selesema tetapi tidak sembuh selepas seminggu, mereka mungkin menghidap sinusitis dan perlu mendapatkan rawatan segera.
Rawatan awal iaitu kurang empat minggu, mungkin boleh diubati menggunakan ubat dan antibiotik tetapi jika kronik atau berlarutan melebihi lapan minggu, ia memerlukan pembedahan.


Mengesan Resdung
Untuk mengesan penyakit resdung, kaedah endoskopi digunakan iaitu tiub kecil dan sumber cahaya dimasukkan ke dalam lubang hidung sehingga ke rongga sinus. Ia membolehkan pemeriksaan lebih teliti dijalankan bagi mengetahui apa sebenarnya di dalam rongga sehingga membawa kepada gejala penyakit itu.
Jika mukos di dalam ruang sinus sudah menjadi pekat, tiub akan dimasukkan untuk mencuci dan menyedutnya keluar. Pada peringkat yang lebih serius, pembedahan kecil terpaksa dilakukan bagi memperbetulkan semula tulang yang bengkok serta membuang ketumbuhan.
80 peratus daripada penghidap asma berpotensi menghidap sinusitis dan bagi penghidap penyakit itu, walaupun sudah pulih sama ada menerusi pengambilan antibiotik atau pembedahan, mereka masih berisiko untuk mendapat kembali jangkitan pada masa akan datang, bergantung kepada tahap imunisasi badan masing-masing.
Sinusitis tidak berjangkit kepada orang lain melalui bersin serta tidak diwarisi daripada ayah atau ibu kepada anak. Bagaimanapun, masalah alahan atau asma boleh diwarisi secara genetik dan membawa kepada resdung apabila ia tidak dirawat dengan betul.
Fakta
Simptom sinusitis
  • Rasa sakit di sekitar pipi dan bahagian atas gigi yang biasanya disebabkan jangkitan pada Maxillary sinus.
  • Sakit di bahagian dahi, di atas kening yang berkemungkinan disebabkan jangkitan dan keradangan di bahagian frontal sinus.
  • Sakit di bahagian belakang mata, di atas kepala yang disebabkan jangkitan pada bahagian Sphenoid sinus.
  • Sakit di sekitar atau belakang mata disebabkan jangkitan pada bahagian Ethmoid sinus.
  • Rasa sakit dan tekanan pada bahagian muka diikuti dengan keadaan hidung yang sentiasa berair adalah simptom paling utama bagi penyakit sinusitis.
  • Pening kepala.
  • Hidung tersumbat.
  • Banyak lendir dalam hidung dan tekak yang berwarna kuning pekat atau kehijauan.
  • Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang.
  • Demam atau rasa tidak sedap badan.
  • Berlaku gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.
  • Kurang deria rasa atau bau.
  • Kelesuan.

Tuesday, February 8, 2011

10 Bukti lelaki itu RUMIT.

1.Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya.
Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.

2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya.
Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.

3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala.
Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.

4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka.
Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.

5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian.
Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.

6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan.
Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya..

7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh .
Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.

8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai.
Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.

9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam.
Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar
untuk dijaga hati.

10. Jika kamu mengirimkan ini pada lelaki-lelaki, mereka pasti bersumpah semua
ini tidak benar

Saturday, February 5, 2011

Cinta Itu Indah TETAPI......

ASSALAMMUALAIKUM.....

Kali ini kesah Cinta ....haha jiwang-jiwang ag tu...Ada kalanya ia menyakitkan!! Di dalam sesebuah hubungan cinta , sesuatu perkara yang normal jika ia disulami keceriaan dan dalam masa yang sama kedukaan . Itu adat resam bercinta. Ada orang yang bertahun - tahun bercinta , tetapi bila mendirikan rumah tangga , hanya seketika apabila mahligai yang dibina tidak mampu bertahan lama. Tidak sefahaman ........ itu antara alasan yang cukup popular . mengapa masa zaman enak bercinta , semuanya boleh berlandaskan sefahaman. Tetapi bila sudah hidup bersama , ada saja perkara yang tak kena...haha macam-macam lahaiii.... Itulah yang membuatkan cinta itu memang indah dipandang , disentuh , dan dimiliki . Namun jika tidak pandai menjaganya ia boleh bertukar menjadi suatu tragedi yang amat menyakitkan..


Cinta memang tidak pernah kenal siapa kerana hadirnya tanpa dipaksa..Cinta berbeza usia ,bentuk fizikal , status mahu pun ketidaksempurnaan diri . walaupun berbeza , namun dua hati tetap bersatu bersama - sama membajai cinta  dengan harapan dapat hidup bersama selaman-lamanya. Tarikan chemistry yang ada ini membentuk cinta lalu saling berikrar untuk bersama menempuhi setiap rintangan yang mendatang . kejujuran , sefahaman dan sikap saling menerima dijadikan tonggak buat pasangan-pasangan ini dalam memperjuangkan cinta mereka. Itulah yang dinamakan sebagai cinta sejati. hahaha setakat ini la jiwang-jiwang merepek aku yerk...nanti2 la smbung ag...huahuahua
Sekian lah yea......heheehe

Thursday, February 3, 2011

Kerja apabila Bosan..

haha kalau boring sangat ape yang selalu kite buat ek....? urm kalau aku kalau boring aku akan tido kalau xboleh tido aku akan buat KEK...haha aku xtau kenape aku lebih berminat dalam dibidang bakery daripada bidang masakkan biase...suda pelbagai jenis kek yang telah aku cube untuk buat sendiri...resepinye kebanyakkannye aku ambik daripada mama aku..mama aku banyak betul resepinye..so bukak jela buku resepi mama aku 2..oke antara jenis kek yang telah aku dapat hasilkan..heehee
kat atas nie ade 3 jenis kek yang telah aku hasilkan iaitu carrot cake, kek coklat , dan kek pelangi.

yang ini pula cupcake berperisa vanila...ini pun aku buat sendiri tau...hehe xsangke 1st time buat jadi tapi dan byk kaly buat dah kurang jadi dah..hehe masalah betol...orang slalu nye kalau banyak kaly buat semakin elok tapi aku kalau banyak kaly wat dah lain jadinye..hehe

yang ini pula muffin coklat..nie pun aku buat sendiri tau..resepi ini je aku xamik dekat mama aku..resepi ni aku amik dekat bekas awek abang aku..hehe...sedeyh betol sekarang bila aku dan selalu buat kek sekarang ape-ape mama aku suh aku je buat..adoii aku nie dah la xboleh disuruh..kalau disuruh kene tunggu mood datang dulu..hehe jenuh la kalau nak tunggu mood datang..hehe sekarang aku dalam proses belaja lagi sekrang abang aku nak anta aku ke kelas tapi aku xnak la...baik belaja dari mak aku je...mama aku nie kalau bab masak-masak memang pakar...xde orang boleh lawan la masakkan mama kau nie..kadang-kadang mama aku main hentam je buat tapi selalu jadi je masakkn yang dye buat tu walaupun xtau resepi...hahh cerita tentang mama aku kan ade la satu cerite nie kan tentang kek n mama aku jugak la..pada suatu mase ayah aku tibe-tibe je nak makan kek tapi time 2 bahan-bahan xbanyak yang ade..telur pun dalam peti ais...masih sejuk..kite kalau nak buat kek xboleh ade bahan-bahan yang basah macam telor xboleh telur yang sejuk kene yang kering punye..tapi mak aku amik risiko untuk gune jugak la telur yang sejuk tu...ingat kan kek xjadi tapi rupenye Alhamdulillah jadi kek 2 rupenye..urmm xtau la mama aku gune macam maner tangan nye tu boleh plak jadi kek tu..haha kadang-kadang bile pikir kelakar jugak..tapi ade lagi satu cerite time nie mama aku nak buat kek untuk aku buat presentation KOMUNIKASI tu..ade satu biji kek tu mama aku boleh plak terlupe letak soda bikarbonat haishh ingatkan xboleh jadi dah kek tu tapi tengok-tengok jadi elok je kek 2 macam biase...naik gebu je..Hadoiii heran betul aku..kalau aku buat mesti xjadi punye dah...haha urm xpela takat nie jela aku nak share-share..hehe =D tata