Saturday, April 7, 2012

DILEMA MEMILIH PASANGAN . MENERUSKAN atau MEMBATALKAN NIAT

DILEMA MEMILIH PASANGAN . MENERUSKAN atau MEMBATALKAN NIAT

Soalan:

Saya telah berkenalan dengan seorang pemuda yang alim dan warak orangnya. Dia banyak memberi nasihat dan panduan agama kepada saya. Sejak berkenalan dengannya, saya telah banyak berubah. Saya mengikuti nasihatnya agar menutup aurat dengan sempurna dan tidak meninggalkan solat lima waktu. Saya dapat rasakan ada perasaan indah yang timbul dalam hati sanubari saya terhadapnya. Saya selalu berangan-angan agar dapat bersamanya sebagai suami isteri suatu hari nanti. Ustaz, apakah yang saya lakukan ini dalam keredaan Allah? Tidakkah saya berubah kerana pemuda tersebut, bukan sepenuhnya kerana Allah SWT? Bagaimana untuk memastikan agar saya sentiasa berada di landasan yang betul?

Terima kasih atas kesudian ustaz menjawab persoalan ini

Jawapan:

Tahniah, kerana bertemu dengan pemuda yang alim dan warak. Dalam hal yang melibatkan hubungan lelaki dan wanita, Islam cukup teliti dan sering dituduh sebagai ‘konservatif' dari kacamata barat. Hakikatnya, Allah maha bijaksana dan amat mengetahui baik dan buruk untuk manusia di dunia dan akhirat.

Justeru, jika dilihat dari apa yang telah meresapi hati saudari, bolehlah di katakan saudari sudah ‘jatuh hati' kepada si pemuda tadi serta memasang niat baik untuk mempersuamikannya. Sebagai manusia biasa, ia sememangnya satu niat dan perasan yang sukar di tolak. Bagaimanapun, saudari perlulah mengawal semua batasan perhubungan dengan pemuda tadi bagi mendapat keredhaan Allah. Tindakan berikut perlulah saudari lakukan :-

1) Meluahkan hasrat secara berselindung tetapi boleh di fahami kepada pemuda tadi untuk membina "rumahtangga" bersama. Ia berdasarkan tindakan Khadijah yang menggunakan orang tengah, dan juga seorang wanita lain yang tanpa segan silu menyatakan hasratnya kepada baginda SAW. Imam Al-Bukhari di dalam sohihnya meletakkan satu bab bertajuk " Wanita mendedahkan / menawarkan dirinya kepada lelaki Soleh" (Rujuk Kitab Nikah); juga terdapat satu riwayat bahawa Anas r.a berkata di sisi anak perempuannya :

Ertinya : "telah datang seorang wanita kepada Rasulullah SAW lalu menawarkan dirinya (untuk menjadi isteri baginda) ; berkatalah wanita itu : " Adakah dikau punyai hajat kepadaku? " ; maka anak perempuan Anas menyampuk : " Alangkah kurangnya malu si wanita itu dan amat malunya perbuatannya " ; maka Anas menjawab : " Dia lebih baik darimu, ia berkehendakkan Nabi SAW lalu menawarkan dirinya kepada baginda SAW" ( Sohih Al-Bukhari, 7/17 ).

Imam Ibn Hajar menegaskan tiada catatnya wanita menawarkan dirinya untuk menjadi isteri kepada seorang lelaki ( Fath al-Bari, 9/175 ).

Justeru, jangan terlalu terpengaruh kononnya orang wanita tidak boleh melamar si pemuda yang baik lagi warak. Teruskan hasrat dan jangan bertangguh dalam melakukan hal yang baik. Malah Khawlah bt Hakim adalah dari kalangan wanita yang menawarkan dirinya kepada Nabi SAW ( Sohih al-Bukhari, 7/15)

2) Saudari diizinkan untuk menjemput pemuda itu ke rumah saudari bagi memperkenalkannya kepada kedua Ibu bapa saudari. Syaratnya, mestilah dengan kewujudan ibu bapa atau ‘wali' lain di dalam majlis itu. Saudari dibenarkan untuk berada bersama di ruang tamu (dengan menutup aurat lengkap) dan tidak perlulah bersembunyi di dalam bilik. Ia berdasarkan hadith-hadith yang mengizinkan lelaki dan wanita yang berniat untuk kahwin, bagi mengenali dengan lebih dekat bakal pasangan masing-masing.

Antaranya dalilnya : "telah datang kepada Nabi SAW seorang lelaki lalu menceritakan bahawa ia ingin memperisterikan seorang wanita Ansar, maka Nabi bersabda : "Adakah kamu telah melihatnya? : "Belum jawabnya" ; Nabi menjawab :

Ertinya : "Pergilah kamu melihatnya kerana di mata wanita Ansar ada sesuatu (tanda)" ( Riwayat Muslim).

Juga pesan Nabi kepada Mughirah bin Syu'bah selepas mengetahui ia ingin meminang seorang wanita : " Pergilah melihatnya, sesungguhnya ia lebih menjamin berkekalannya - bagi menilai kesesuaian- (perkahwinan) kamu berdua" ( Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi, Ibn Hibban ; Hasan menurut At-Tirmidzi no 1087, cet Maktabah al-Ma'arif ; Sohih menurut Albani ).

Perlu diingat bahawa melihat bukan hanya dengan mata, tetapi ia juga membawa maksud suatu meninjau sikap, budi bahasa, cara hidup dan apa-apa info yang dapat menambahkan ketepatan pemilihan pasangan (kecuali yang HARAM dibuat dan dilihat). (Fiqh as-sunnah, Sayyid Sabiq, 2/23 dengan tambahan, Nizom al-Usrah, Dr Muhd ‘Uqlah, 1/206)

3) Jangan bertangguh atau berhubung tanpa ikatan sah terlampau lama, ( Nizom al-Usrah, 1/216) kerana ia amat mudah membawa keapda yang haram. Perihal berangan-angan saudari tadi juga bukanlah sesuatu yang baik untuk diteruskan. Nabi SAW menyatakan :

Ertinya : " Tidak dilihat (penyelesaian) bagi dua orang yang cinta-mencintai kecuali NIKAH " ( Riwayat Ibn Majah, al-Hakim, sohih menurut al-Hakim, As-Suyuti , Al-Jami' As-Soghir, no 7361, 4/397 cet Jahabersa).

Syeikh Al-Munawi menegaskan ubat yang terbaik bagi pasangan yang sedang asyik bercinta dan kasih adalah Nikah ( Faidhul Qadir, 5/294)

4) Jangan menghebahkan kepada awam sekali mana belum di ijab kabulkan, kerana ikatan ‘janji untuk berkahwin' boleh membawa fitnah dengan mudah. Ia juga boleh terungkai dengan beberapa cabaran semasa pertunangan. ( Nizom al-Usrah Fil Islam, 1/214)

5) Jangan bertemu berdua-duaan di luar, sama ada di tempat terbuka atau tertutup, kecuali diiringi mahram lelaki yang telah dewasa dan mampu menilai baik buruk menurut Islam. Saya nyatakan begini kerana ramai juga mahram lelaki yang ‘merapu' dan tidak langsung punyai ilmu tentang batas hubungan lelaki wanita menurut Islam. Kehadiran orang seperti ini, akan membiarkan maksiat berlaku di antara dua insan tadi, oleh itu individu sepertinya tidak mencukupi syarat yang ditetapkan Islam.

6) Mengurangkan komunikasi yang tidak berkenaan, serta mengawal isi kandungan perbincangan dari yang membawa syahwat. Mengetahui hati budi bakal pasangan menggunakan alatan media elektronik seperti email, surat dan sms lebih baik dari bercakap dalam banyak keadaan (kerana mendengar suara mudah menaikkan syahwat). Bagaimanapun, saya tidak menafikan email, surat dan sms juga boleh menaikkan syahwat, tetapi saya kira secara ‘verbal' lebih mudah.

7) Kerana perbicaraan adalah panjang dan dalil amat banyak, ringkasan perkara perlu ( semuanya menurut dalil al-Quran & Al-hadith) dijaga seperti berikut :-

Haram bersentuh, menyentuh satu sama lain.
Haram ber"dating" dan berkapel tanpa disertai mahram yang thiqah.
Haram berbicara dan bersembang dengan syahwat sama ada sms, phone, chat, mesengger.
Awas fitnah masyarakat sekeliling.
Awas fitnah dalam diri anda dan pasangan.
Haram melihat kepada aurat masing-masing.
Awas daripada bertukar gambar.
Awas daripada hebahan umum sebelum di ijab kabul.

Ingatlah wahai anak-anak muda sekalian, sebarang perilaku 'ringan-ringan' dan dosa yag dikerjakan dalam hubungan sewaktu pertunangan boleh memberikan serba ringkas gambaran bagaimana tingkah laku pasangan selepas berkahwin. Jika semasa berpacaran dia suka meraba-raba, demikian jugalah dia apabila sudah berkahwin kelak (kecuali sesudah dia bertaubat sebenar-benar taubat). Malangnya bukan dengan isteri atau suaminya selaku pasangannya yang halal, tetapi dengan individu lain sebagaimana tergamak dia melakukannya dengan isteri dan suaminya sebelum mereka kahwin. Baca lanjut di sini.

Sekian, Wallahu'alam.

Friday, March 23, 2012

Teman Sejati


TEMAN SEJATI
✿~ Diibaratkan seperti PERMATA berharga dan JARANG dijumpai..

TEMAN PALSU
✿~ Diibaratkan seperti DAUN, kat merata tempat ada..

~> Teman yang PALING BAIK adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu TERINGAT akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ILMU AGAMA, melihat gerak-gerinya teringat MATI..(✿◠‿◠)

Tiada Yang Sempurna


~ ♥...Biarkan aku KHABARKAN padamu bahawa aku cuma GADIS BIASA, aku bukan bidadari kayangan yang sempurna...aku bukan rupawan dari hikayat dongeng, yang sangat jelita...aku cuma gadis biasa, hidupku pun bukan hanya indah dan bahagia...~

~...Biar aku ingatkan kamu, bahawa aku bukan bidadari yang turun ke bumi...dengan kejelitaan dan kesempurnaan yang kamu impikan...BUKALAH MATA, kamu pun bukanlah putera impian dari cerita dongeng...♥ ~

>>> Maka mengapa tidak kita sama-sama MEMPERBAIKI DIRI? Dari sibuk menuding jari pada ketidaksempurnaan masing-masing? Aku dan kamu sama sahaja pada PANDANGAN ILLAHI...maka, pimpinlah aku, NASIHATKANLAH aku..sungguh, aku BUKANLAH WANITA YANG SEMPURNA..♥♥

Hadis Panduan Memilih Pasangan


Seperti hadis yang biasa didengari dari Abu Hurairah r.a Rasulullah s.a.w bersabda:

"Wanita dikahwini kerana 4 hal (perkara):

kerana harta bendanya,

kerana keturunannya,

kerana keindahan wajahnya,

dan kerana ketaatannya kepada agama.

Maka pilihlah wanita yang taat kepada agama, maka kamu akan berbahagia."

(Terjemahan Hadis: Sahih Bukhari)

Dan ingatlah kamu, Wahai Rijal dan Nisa sekalian..!!!

Jika kamu mengahwini pasangan kalian itu kerana empat perkara di atas, maka bersiaplah untuk menerima empat perkara ini...

Seperti yg disabdakan oleh Rasulullah s.a.w:

“Siapa yg menikahi wanita kerana ketinggian kedudukannya, pernikahan itu tidak akan membawa sesuatu kepadanya kecuali kehinaan. Barangsiapa menikahi wanita kerana hartanya maka itu tidak akan menambah sesuatu kepdanya kecuali kemiskinan. Barangsiapa yg menikahi wanita kerana keturunannya, perkawinan itu tdk akan menambah sesuatu kepadanya kecuali hina dina. Dan barang siapa yg menikahi wanita dgn tujuan agar dapat menahan pandangannya, memelihara kehormatannya atau menghubungkan silaturahim, Allah akan memberikan berkah kepadanya bersama wanita itu dan memberikan berkah kepada wanita itu bersamanya.”
(H.R. Abu Nuaim)

di dalam hadis lain juga menyebut Sabda Rasulullah SAW:

“Janganlah kamu menikahi wanita kerana kecantikannya; boleh jadi kecantikannya itu akan membuat mereka hina. Janganlah kamu menikahi wanita kerana hartanya; boleh jadi hartanya itu akan membuat mereka zalim. Tapi nikahilah mereka kerana agamanya. Wanita hamba sahaya yg tuli namun beragama adalah lebih baik.”
(H.R. Ibnu Majah)

CARILAH pasangan hidupmu, yg jikalau engkau melihatnya, engkau pasti akan teringat pd Allah, serta bertambah imanmu kpd Allah...

Akan tetapi, JANGANLAH engkau mencari pasangan hidupmu, yg jikalau engkau melihatnya, engkau pasti melupai Allah, dan engkau teringat akan nafsu kejahatan...

Sesungguhnya, itu hanyalah godaan syaitan yg akan mengheretmu ke lembah kemaksiatan...

Wallahualam. ;)

Pesanan Buat Wanita Solehah





Carilah LELAKI yang mampu menjadi IMAM untukmu.

Yang menitis air mata melihat kesakitanmu ketika melahirkan zuriatnya.

Lelaki yang membangunkanmu untuk BERIBADAT bersama-sama di sepertiga malam..


Seorang lelaki yang baik, dia pasti akan membimbing perempuan yang disayanginya agar menjadi lebih baik.. ♥

Bukan menghanyutkan (◠‿◠)

Jika pencarian itu telah engkau temui, jangan lupa bersyukur kepada-Nya. Jadilah PERMAISURI hatinya, peneman dikala SUKA dan DUKA, pengubat RINDU dan LARA. InsyaALLAH :)

Thursday, March 22, 2012


10 negara terkaya di dunia

Negara kaya di dunia mengikut ranking bermula dari tangga ke-10.

10. Austria
Austria adalah negara pada kedudukan kesepuluh dalam senarai negara terkaya, dengan KDNK per kapita mencapai US $ 39,711. Negara di mana gula-gula dengan tanda dagangan PEZ ini ditemui, mempunyai populasi sebanyak 8.41 juta, dengan sebahagian besar berbahasa Jerman. Antara industri utama Austria adalah pembinaan, makanan, dan logam.

9. Ireland
Ireland berada di kedudukan kesembilan, dengan KDNK per kapita mencapai US $ 39.999. Negara dengan jumlah penduduk sebanyak 4.58 juta orang ini menggantungkan ekonominya pada industri utama logam, makanan, dan tekstil.

8. Belanda
Dengan KDNK per kapita mencapai US $ 42.447, Belanda menduduki kedudukan kelapan, Runner up Piala Dunia 2010 ini dikenali untuk kadar pengangguran yang rendah, dengan populasi mencapai 16.68 juta. Antara industri utamanya merangkumi pertanian, logam, dan produk kejuruteraan.

7. Switzerland
Walaupun dunia mengenal Switzerland dari penemuan berupa pisau Swiss Army dan coklatnya lazat, Switzerland sebenarnya adalah negara yang bagus bagi pelabur.Mereka mendakwa KDNK per kapita mencapai US $ 46.424 dengan jumlah penduduk 7.86 juta orang. Ekonomi Switzerland berdasarkan industri pelancongan, mesin, dan bahan kimia.

6. Amerika Syarikat
Amerika Syarikat menduduki tangga keenam negara terkaya dengan KDNK per kapita US $ 47.084. Tanah kebebasan ini merupakan salah satu negara terpadat di dunia, dengan penduduk lebih dari 310 juta penduduk. Industri utamanya termasuk minyak bumi, baja, dan kenderaan bermotor.

5. Singapura
Satu-satunya negara di benua Asia Tenggara yang berjaya masuk senarai ini adalah Singapura, dengan KDNK per kapita mencapai US $ 56.797. Singapura adalah sebuah negara dengan 63 pulau dan rumah bagi 5,07 juta penduduk. Adapun industri utamanya merangkumi elektronik, kimia, dan perkhidmatan kewangan.

4. Norway
Sedangkan di kedudukan keempat negara terkaya adalah Norway, dengan KDNK per kapita mencapai US $ 56.920. Kerajaan Norway adalah salah satu daripada beberapa negara dunia yang masih diperintah seorang raja. Negara dengan populasi mencapai 4,97 juta orang ini wilayah strategik ekonomi ini, mempunyai minyak dan gas asli, dan pemprosesan yang bagus.

3. Emiriah Arab
Emiriah Arab dengan KDNK per kapita sebanyak US $ 57.774 menjadi negara terkaya ketiga dunia. Negara yang mempunyai Dubai Mall, pusat membeli-belah terbesar di dunia ini, terdiri dari tujuh amiriah dan dikawal oleh presiden. Emiriah Arab juga rumah bagi 8.260.000 orang dan mengkhususkan diri dalam minyak bumi, petrokimia, aluminium, dan semen.

2. Luxembourg
Di posisi kedua adalah Luxembourg, dengan KDNK per kapita US $ 89.562. Walaupun merupakan negara Eropah yang kecil, bahkan lebih kecil dari Rhode Island, Luxembourg mempunyai bahasa sendiri iaitu Luxembourgish. Selain menggunakan dua bahasa lain yakni Perancis dan Jerman. Penduduk di sini tidak banyak, hanya 0,51 juta orang. Sedangkan industri terbesar adalah perbankan, perkhidmatan kewangan, besi dan baja.

1.Qatar
Negara yang menduduki peringkat pertama terkaya berdasarkan GDP adalah Qatar, dengan KDNK mencapai US $ 91.379 per kapita. Negara penganjur Piala Dunia pada 2022 mendatang ini mempunyai populasi sebanyak 1,69 juta penduduk. Seperti banyak negara-negara Timur Tengah, pengeluaran minyak mentah dan penyulingan memainkan peranan besar bagi pendapatan negara ini.

Top 5 Blogger cantik perempuan dari Malaysia


 
Blogger cantik perempuan dari Malaysia 

Industri blogging tanah air dah tak macam dulu lagi macam pada tahun 2005. Sekarang dunia blogging dah semakin warna-warni dengan kehadiran blogger dari Malaysia dalam berjumlah 2 juta keseluruhan. Tak dinafikan juga ada beberapa blogger yang mengaut keuntungan beribu-ribu RM sebulan hanya dengan berblog. So, admin nak perkenalan beberapa blogger wanita tanah air yang meningkat nama di persada tanah air. Rasanya blogger mana tak kenal dorang nih. Tak macam kite, takde orang kenal kite. :( hohoho

1. Fatin Liana


 
2. Hanis Zulikha


 
3. Lyssa Faizureen


4. Yuyu Zulaikha
(Actually nie budak kolej akuh nie.hoho myebuk jap)


5. Justin Bieber XD



P/S: ignore yang no 5 tuh. haha! nak cari blog dorang... sila optimumkan penggunaan google search pada pelayar anda.